twitter
rss

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN : BM KSSR Thn 1


Mata Pelajaran
Bahasa Malaysia
Tarikh
12 Oktober 2011  Rabu
Masa
9.45  - 10.15 pagi (30 minit)
Kelas
Tahun 1
Jumlah Pelajar
5 orang
Tema
Negara Kita
Tajuk
Perhimpunan Sekolah
Kemahiran
Fokus Utama : Membaca

Standard Kandungan :

2.4     Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.
Standard Pembelajaran :

2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada pelbagai bahan.


Fokus Sampingan : Menulis

Standard Kandungan :

3.5     Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber.





Standard Pembelajaran :

3.5.1 Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai sumber.
Nilai Murni
Cinta kepada Negara
Pengetahuan sedia ada
Murid pernah melihat bendera Malaysia.
Hasil Pembelajaran
Kognitif :

1 Membaca dan menyatakan maklumat yang berkaitan dengan bendera Malaysia berdasarkan petikan dengan tepat.

2 Mencatatkan maklumat yang berkaitan dengan bendera Malaysia berdasarkan petikan dengan betul.



Afektif  :

Menyedari semangat cinta kepada Negara perlu diadakan.



Aktif / Tingkahlaku:

1. Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku.

2. Mengamalkan semangat cinta kepada Negara.



KBT - Kemahiran
Bernilai Tambah
KB - Kemahiran Berfikir                        : menghubungkaitkan

BCB - Kemahiran Belajar Cara Belajar  : kemahiran mencatat maklumat, bacaan teks
KP - Kemahiran Kecerdasan Pelbagai    : verbal-linguistik

ABM Alat Bantu
Mengajar
Buku teks, CD lagu Negaraku, radio, lembaran kerja, bendera
Malaysia, pensel warna




Langkah

/ Masa


Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set
Induksi

(3 minit)
Menyanyikan
lagu Negaraku.
1. Mengarahkan murid

berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku.


2. Menyiarkan lagu

Negaraku.



3. Menyuruh murid duduk selepas menyanyikan lagu Negaraku.


4. Menyoal murid :

- Bilakah lagu Negaraku akan dinyanyikan ?
- Apakah yang akan dikibarkan semasa waktu perhimpunan dan menyanyikan lagu Negaraku ?
- Semasa menyanyikan lagu Negaraku, apakah yang perlu kita buat ? Mengapa ?
1. Berdiri tegak dan

menyanyikan lagu Negaraku semasa lagu disiarkan.


2. Duduk selepas menyanyikan lagu Negaraku.


3. Menjawab soalan guru :

- Pada waktu perhimpunan sekolah, lagu Negaraku akan dinyanyikan.

- Bendera Malaysia akan dikibarkan semasa waktu perhimpunan dan menyanyikan lagu Negaraku.
- Semasa menyanyikan lagu Negaraku, kita perlu berdiri tegak kerana ini menunjukkan semangat cinta kepada Negara.
ABM :

Radio, CD

lagu
Negaraku






KB :
menghu-

bungkait- kan



KP :

verbal- linguistik



Nilai murni :

cinta kepada negara




Langkah
1

(5 minit)
Membaca dan
memahami petikan
1. Bimbing murid 
                membaca
           petikan.




2. Membuat penerangan berdasarkan petikan dan Jalur Gemilang sebagai contoh penerangan.


3. Suruh murid membaca petikan secara sekelas dan seterusnya secara bergilir-gilir.
1. Murid ikut guru baca
      petikan.



i


2. Mendengar penerangan guru dan memahami petikan.






3. Membaca petikan secara sekelas dan seterusnya secara bergilir- gilir.
ABM :
buku teks, Jalur Gemilang



BCB :

bacaan teks



KB :
menghu-

bungkait- kan
Langkah
2

(5 minit)
Menyatakan
maklumat yang berkaitan dengan bendera Malaysia berdasarkan petikan dengan betul.
1. Menyoal murid :

- Apakah nama bendera

Malaysia ?

- Apakah warna bulan dan bintang ?
- Berapakah jalur di bendera Malaysia ?
- Apakah warna jalur-jalur tersebut ?
- Apakah warna latar pada
1. Menjawab soalan
     guru     
      berdasarkan   
      petikan.

- Nama bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang.
- Bulan dan bintang berwarna kuning.
- Terdapat 14 jalur di bendera Malaysia.
- Jalur-jalur tersebut
ABM :
buku teks, Jalur
Gemilang



KB :
menghu-

bungkait- kan



KP :

verbal-






bulan dan bintang ?
berwarna merah dan

putih.

- Warna latar pada

bulan dan bintang ialah biru.
linguistik



Nilai murni :

cinta kepada Negara
Langkah
3

(12 minit)
Mencatatkan maklumat yang
berkaitan dengan bendera Malaysia
berdasarkan
petikan dengan betul.
1. Mengedarkan lembaran

kerja kepada murid dan mengarahkan murid menulis nama dan tarikh pada lemabaran kerja. Sila rujuk Lampiran A.


2. Membuat penerangan kepada murid tentang cara menyiapkan lembaran kerja.


3. Menyuruh murid

membuat lembaran kerja.



4. Meronda dan memeriksa jawapan lembaran
kerja murid serta

bersedia untuk beri tunjuk ajar kepada murid yang lemah.
1. Menerima lembaran
kerja daripada guru dan menulis nama dan

tarikh pada lembaran kerja.


2. Mendengar penerangan guru tentang cara menyiapkan lembaran kerja.


3. Membuat lembaran kerja.


4. Lembaran kerja disemak oleh guru dan diberi tunjuk ajar jika ada kesalahan.


5. Murid menulis jawapan di papan hijau selepas perbincangan.
ABM :
lembaran
kerja, buku teks



KB :
menghu-

bungkait- kan



BCB : mencatat maklumat






5. Perbincangan lembaran

kerja bersama-sama dengan murid.


6. Guru memberikan

bintangsebagai galakakepada murid yang menjawab betul.


Penutup

(5 minit)
Latihan
Pengukuhan
1. Suruh murid membaca

ayat-ayat pada lembaran kerja dan petikan dalam buku teks.


2. Memberi tahu murid bahawa setiap rakyat perlu mengamalkan semangat cinta kepada Negara.


3. Suruh murid mewarnakan Jalur Gemilang pada lembaran kerja dengan warna yang betul.
1. Membaca ayat-ayat

pada lembaran kerja dan petikan dalam buku teks dengan betul.


2. Mewarnakan Jalur Gemilang pada lembaran kerja dengan warna yang betul.


3. Mengamalkan semangat cinta kepada Negara.
ABM : buku teks, lembaran
kerja, pensel warna



KB :
menghu-

bungkait- kan



Nilai murni :

cinta kepada Negara




LEMBARAN KERJA MURID :


LAMPIRAN A


a. Warnakan.




b. Catatkan maklumat berdasarkan petikan.


1. Nama bendera Malaysia ialah                                                  .




2. Terdapat                        jenis warna pada bendera Malaysia.




3. Jalur yang berwarna merah dan putih ada                       jalur.




4. Bulan dan bintang berwarna                    .




5. Latar pada bulan dan bintang berwarna                   .

0 comments:

Post a Comment