twitter
rss

            REFLEKSI


Sebagai seorang guru, kita adalah bertanggungjawab membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan demi meningkatkan profesionalisme guru dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana dengan membuat refleksi seseorang guru dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Selepas itu, guru boleh membuat penambahbaikan terhadap kelemahan dan kekuatan yang dikenal pasti untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Sekarang, saya akan membuat refleksi terhadap setiap mikro pengajaran yang saya jalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.



2.0   REFLEKSI MIKROPENGAJARAN
2.1   Set Induksi  (Kemahiran Memulakan Pengajaran)
Dalam set induksi, saya telah meminta murid-murid berdiri dan membuat senaman di tempat duduk sendiri. Saya memberi arahan kepada murid-murid seperti melompat, berlari di setempat dan berpusing ke kiri dan kanan. Selepas ini, murid-murid diminta menarik nafas.
Dalam proses ini, murid-murid telah nampak  lebih bersemangat dan berasa sangat seronok. Tetapi, saya telah mengesan beberapa kelemahan. Pertama, saya telah mendapati bahawa  ruang untuk murid-murid membuat senaman tidak mencukupi. Murid-murid membuat senaman di tempat duduk sendiri amat tidak sesuai juga. Oleh itu, saya perlu membuat pembaikan dengan meminta murid-murid berdiri di belakang kelas memandangkan belakang kelas mempunyai ruangan yang lebih besar. Murid-murid juga boleh diminta membuat senaman di padang kecil yang terletak di luar tepi kelas supaya murid-murid mempu yai ruang yang cukup untuk membuat senaman.
Kedua, senaman yang dijalankan tidak cukup giat untuk menunjukkan keperluan udara. Hal ini demikian kerana, biasanya seseorang yang  telah membuat senaman akan bercungap-cungap dan akan bernafas dengan cepat. Oleh itu, saya perlu merujuk kepada guru jasmani mengenai cara membuat senaman asas kerana senaman yang dibuat oleh saya seperti berpusing ke kiri dan kanan memang tidak sesuai dan bukan sejenis senaman tetapi merupai langkah-langkah memanaskan badan sahaja. Jika murid-murid benar-benar membuat senaman, mereka akan bernafas dengan cepat untuk mendapatkan oksigen. Dengan ini, barulah lebih bermakna untuk memperkenalkan tajuk yang hendak diajar.
Walaubagaimanapun, langkah memulakan pengajaran iaitu set induksi ini memang menyeronokkan dan murid-murid yang berasa hendak tertidur akan penuh dengan semangat selepas membuat senaman. Selain itu, set induksi ini juga membolehkan murid-murid menghubungkaitkan dengan topik yang akan diajar. Oleh itu, untuk menjayakan langkah ini, saya perlu menyediakan tempat yang sesuai dan  senaman yang dibuat iaitu berpusing ke kiri dan kanan juga harus diubahsuaikan.

2.2     Langkah 1 (Kemahiran Menerang)
Saya telah memulakan pengajaran iaitu langkah pertama dengan menerang. Dalam kemahiran menerang terdapat lima komponen iaitu ayat pembukaan, isi kandungan, penghubung, ayat penutup dan soalan bagi menilai kefahaman murid.
Dalam komponen pertama, saya menanya murid-murid :“Manusia menggunakan peparu untuk bernafas, apakah struktur pernafasan yang diguna oleh haiwan-haiwan untuk bernafas?” Murid-murid telah cuba menyatakan struktur pernafasan haiwan-haiwan. Oleh itu, saya berpendapat ayat pembukaan ini telah dapat menarik perhatian murid-murid dan seterusnya mewujudkan kesediaan untuk mengikuti pengajaran.
Selepas itu, saya pun melekatkan kad-kad perkataan struktur pernafasan haiwan di papan putih satu demi satu ketika murid-murid menyatakan. Murid-murid telah cuba untuk menerang kepada saya bentuk struktur tersebut. Seterusnya, saya menayangkan video dengan menggunakan MyCD untuk menunjukkan rupa bentuk struktur pernafasan haiwan dan membuat penjelasan kepada murid-murid mengenai haiwan-haiwan yang menggunakan sesuatu struktur pernafasan.
Dalam proses ini, murid-murid memang suka menonton MyCD dan mereka juga telah memberi perhatian sepenuhnya. Hal ini demikian kerana, dengan adanya gambar-gambar yang berwarna dan beraudio, murid-murid dapat melihat dengan kaca mata sendiri dan akan lebih mudah memahami dan mengingati sesuatu struktur pernafasan haiwan. Selepas tanyangan MyCD, saya telah membuat penutup dengan baik dengan mengulang sekali lagi kepada murid-murid dan meminta murid-murid menyatakan struktur pernafasan haiwan berdasarkan gambar.
Tetapi saya juga telah mengesan satu kelemahan dalam proses ini iaitu saya berasa penjelasan saya semasa tanyangan video tidak cukup, saya patut menjelas sekali lagi kepada murid-murid selepas penayangan setiap struktur pernafasan haiwan iaitu peparu, insang, trakea dan kulit lembab untuk menmperkukuhkan kefahaman murid-murid. Hal ini demikian kerana tanyangan MyCD adalah dalam bahasa Inggeris, murid-murid yang lemah tidak dapat memahaminya dengan jelas.

2.3    Langkah 1 ( Kemahiran Mengcungkil Idea)
Dalam langkah kedua ini, saya juga mengemukakan satu soalan dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid mengatasi prakonsepsi yang kemungkinan ada pada murid. Menurut Ausubel (1978), aktiviti mengcungkil idea sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia merupakan langkah pertama ke arah memurni, menstruktur semula prakonsepsi atau mengatasi sebarang miskonsepsi yang kemungkinan ada pada murid.
Soalan yang dikemukakan ialah ‘’adakah semua haiwan yang hidup dalam air menggunakan insang untuk bernafas?’’. Saya mengajukan soalan ini kerana kebanyakkan murid berpendapat semua haiwan yang hidup dalam air bernafas dengan menggunakan insang. Oleh itu, murid-murid akan berfikir.
Saya mendapati bahawa ada segelintir murid memberikan jawapan ‘’ya’’ manakala adanya memberi jawapan ‘’tidak’’. Jelaslah bahawa segelintir murid mempunyai miskonsepsi. Saya telah mengambil kesempatan ini dengan memberitahu murid-murid bahawa bukan semua haiwan yang tinggal dalam air menggunakan insang, tetapi ada juga haiwan yang tinggal dalam air menggunakan peparu untuk bernafas.
Murid-murid telah diminta memberikan contoh haiwan-haiwan yang tinggal dalam air yang menggunakan peparu. Terdapat dua orang murid telah memberikan jawapan dengan betul iaitu ikan paus dan dolphin. Terdapat seorang murid memberikan jawapan yang salah iaitu ikan yu menggunakan peparu untuk bernafas. Saya dengan segera menjelaskan kepada murid bahawa ikan yu menggunakan insang untuk bernafas.
Tetapi saya berasa terdapat kekurangan dalam ini, iaitu saya haruslah menunjukkan gambar struktur pernafasan ikan paus, dolphin dan ikan yu tetapi bukan hanya menjelas. Oleh itu, lain kali saya harus membuat persediaan yang cukup dengan melayari Internet untuk mencari gambar-gambar.

2.4   Langkah 2 (Kemahiran Menyoal)
Dalam Langkah 2, saya telah menggunakan kemahiran menyoal. Saya menanya murid-murid ‘’apakah haiwan-haiwan yang menggunakan peparu untuk bernafas?’’ dan sebagainya. Saya telah mengajukan soalan kepada keseluruhan murid. Oleh itu, murid-murid bebas untuk memberi contoh-contoh. Kebanyakan murid telah memberi respon secara aktif dengan mengangkatkan tangan untuk menjawab.
Saya juga telah memilih murid dengan memanggil nama mereka secara merawak untuk berdiri menjawab soalan. Pemilihan murid secara rawak amat sesuai kerana berupaya mengekalkan perhatian murid sepanjang sesi ini. Saya berasa dengan menanya soalan saya dapat menguji kefahaman murid juga. Saya juga meminta murid membantu murid yang tidak dapat memberikan contoh.

Tetapi, saya telah melakukan beberapa kesalahan dalam ini. Pertama, saya tidak memberi satu tempoh masa untuk murid-murid berfikir dulu sebelum saya mula memanggil nama. Oleh itu, ada di kalangan murid yang belum dapat memikirkan contoh haiwan saya sudah mula panggil nama. Murid-murid juga berasa cemas. Kedua, saya tidak memberi penegasan kepada murid bahawa contoh-contoh yang ada dalam tayangan video tidak boleh diulang. Oleh itu tedapat segelintir murid masih memberi contoh yang ada dalam MyCD.
            Jadi, lain kali apabila menanya soalan, saya harus menetapkan masa untuk murid berfikir dan memberi arahan yang jelas sebelum murid-murid mula berfikir jawapan.

2.5   Penutup ( Kemahiran Menutup Pengajaran)
Dalam langkah menutup pengajaran, saya telah mengajak murid-murid melihat semula apakah yang mereka pelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini. Saya telah mengajukan beberapa soalan untuk menilai kefahaman murid terhadap tajuk yang diajar.
Selepas melihat video saya baru mendapati bahawa saya lupa menanggalkan kad-kad yang lekat di papan putih. Murid-murid tidak dapat mengimbas kembali struktur
pernafasan haiwan kerana ada antara mereka yang melihat ke kad-kad perkataan yang lekat di papn putih untuk menjawab soalan saya.                                                                                                                                                                  
Walaubagaimanapun, murid-murid telah membuat kesimpulan terhadap pengajaran dan pembelajaran ini dengan baik.
Kesimpulannya, hasil pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran hari ini telah tercapai.

0 comments:

Post a Comment