twitter
rss


Kekuatan.
Kekuatan saya dalam pengajaran makro ialah,  murid amat meminati pengajaran saya. Ini kerana saya memulakan pengajaran makro dengan nyanyian “Kalau rasa gembiara tepuk tangan”.  Murid banggun dan menyanyikan lagu tersebut dengan melakukan gerak badan. Ini membolehkan murid kelas saya  ke hilangan rasa penat dan aktif untuk pengajaran hari ini.
Dalam set induksi, saya menggunakan ict dengan memperdengarkan suara harimau dan rusa kepada murid. Semasa saya menggunakan teknik sebegini murid tidak rasa bosan kerana mereka teliti mendenganr bunyi tersebut dan tidak sabar untuk menyatakan jawapan mereka. Ini membolehkan semua murid di kelas saya peka dan focus kepada pengajaran saya. Dalam set induksi juga, saya bertanya beberapa soalan berdasarkan harimau dan rusa kepada murid. Ini membolehkan murid berfikir dan dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan mereka. Guru juga menampal gambar harimau dan rusa dipapan tulis. Gambar yang saya tampal sangat cantik dan jelas. Ini membolehkan murid menjawab saolan-soalan yang saya dengan betul dan jelas.
Dalam langkah pertama pula, saya menyediakan sebuah teks yang bertajuk “Harimau dan rusa”. Saya telah mengambil teks ini daripada buku teks dan menaip dalam komputer supaya murid dapat membaca dengan betul dan jelas. Ini kerana teks dalam buku teks murid tidak begitu jelas dan ini membolehkan murid hilang focus. Teks yang saya buat amat jelas dan membolehkan murid membaca dengan intonasi yang betul. Saya juga membuat beberapa garisan pada beberapa perkataan supaya murid senag semasa mencari maksud menggunakan kamus.
Dalam langkah dua, saya membekalkan kamus kepada murid untyuk mencari makna perkataan bergaris. Langkah ini mengajar murid-murid cara menggunakan kamus dengan betul. Kamus yang saya bekalkan ini amat mudah untuk murid mencari makna. Ini juga membolehkan murid bekerjasama dalam kumpulan dengan mencari makna perkataan. Langkah ini juga mengeratkan silaurahim antara kawan-kawan meraka.
Langkah tiga pula, guru menggunakan teknik kumpulan dimana gur memberi 1 kad manila dan pen marker. Murid pula perlu menyenaraikan nama haiwan peliharaan dan binatang liar dalam kumpulan. Teknik ini membolehkan murid-murid bekerjasama, berkongsi idea, memberi pendapat dan meningkatkan ilmu pengetahuan meraka. Teknik ini juga melahirkan nilai bertanggujawab kepada ketua kumpulan dan ahli kumpulannya. Ketua kumpulan pula perlu menyampaikan hasil kerja kumpulan dihadapan kelas. Teknik ini dapat melahirkan sifat keberanian dalam hati murid-murid dan menghilangkan rasa malu. Setelah murid kumpulan 1 menyampaikan hasil kerja kumpulan mereka, guru akan terus membetulkan kesilapan mereka. Ini kerana murid dapat membetulakan kesilapan mereka dengan segera tanpa membuang masa. 
Dalam penutup guru menggunakan teknik lakonan dimana murid perlu baca ayat tunggal dan melakonkan dihadapan kelas. Teknik ini amat disukai oleh murid dan mereka merebut-rebut untuk membuat lakonan mereka. Teknik juga dapat memberanikan diri murid dan menghilangkan rasa malu.

Kelemahan
Terdapat beberapa kelemahan dalam pengajaran saya ialah, saya tidak dapat menayangkan video harimau dan  rusa kepada murid. Ini menyebabkan murid tidak dapat menjawab nama rusa semasa saya memperdengarkan bunyi rusa. Seterusnya saya menyediakan teks yang panjang untuk pembacaan murid. Ini menyebabkan saya mengambil masa yang lama untuk menghabiskan langkah pertama iaitu pembacaan teks. Kelemahan saya juga adalah saya tidak menerangkan cerita itu kepada murid. Guru juga mempercepatkan teknik mencari makna perkataan. Ini menyebabkan semua murid tidak dapat mencari makna. Guru juga tidak menerangkan maksud perkataan yang murid cari dengan contoh-contoh lain. Guru juga tidak memberi arahan supaya murid bercakap dalam Bahasa Melayu semasa kerja kumpulan. Ini kerana ada segelintir murid menggunakan Bahasa Ttamil semasa melaksanakan kerja kumpulan. Guru juga tidak menerangkan maksud apa itu haiwan peliharaan dan binatang liar kepada murid sebelum mereka melaksanakan kerja kumpulan. Guru juga tidak memberi ganjaran seperti gula-gula kepada murid yang malakukan tugas mereka dengan amat baik.

Cara mengatasi
Pada masa akan dating saya akan saya akan menggunakan video sebagai alat set induksi saya kerana dengan adanya video guru dapat meransang murid untuk member perhatian yang lebih dalam pengajaran. Saya juga akan mengkaji teks dahulu sebelum memberi kepada murid supaya semua murid dapat membaca dan memahaminya. Saya juga akan menerangkan teks kepada murid hingga mereka faham dan dapat menjawab soalan yang yang Tanya kepada mereka. Saya juga akan memberi masa ynag secukupnya untuk murid mencari makna dengan menggunakan kamus. Ini membolehkan semua murid mencari dan member jawapan dengan betul. Saya juga akan menekankan kepada murid supaya bercakap dalam Bahasa Melayu. Saya juga akan memberi penjelaskan yang jelas kepada murid sebelum murid membuat sesuatu aktiviti. Akhir sekali guru akan memberi ganjaran kepada murid yang aktif  dan bijak.

0 comments:

Post a Comment