twitter
rss

a)  Kelemahan


Bahasa Inggeris OKdan Sosering digunakan semasa pengajaran saya, terutamanya perkataan OK. Kejadian ini berlaku kerana saya sudah biasa dengan menggunakan perkataan OKdan So semasa pengajaran saya tidak kira di mana-mana kelas atau subjek. Sepatutnya, saya perlu berubah bahasa percakapan saya dengan menigkut subjek. Contohnya, menggunakan baik” ataumaka ganti dengan perkataan Bahasa Inggeris tersebut semasa waktu pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Malaysia. Saya akan cuba untuk mengelakkan penggunaan perkataan-perkataan tersebut semasa bukan waktu pengajaran Bahasa Inggeris.
      
            
Dalam langkah pertama Membaca dan memahami petikan. Selepas guru membimbing murid membaca petikan, guru perlu membuat penerangan berdasarkan petikan dan Jalur Gemilang sebagai contoh penerangan. Di sinilah kesilapan saya. Dalam rakaman video, saya menyoalkan murid berdasarkan petikan dan Jalur Gemilang sebagai contoh, dengan menggunakan persoalan untuk membuat penerangan kepada murid, adakah ini juga dikira sebagai sejenis kaedah penerangan ? Rasanya kurang tepat Perkara ini berlaku kerana perasaan yang gelisah dan tegang ada pada saya semasa rakaman dijalankan. Bagi mengelakkan merujuk

Dalam aktiviti pengajaran saya, murid duduk dan kurang bergerak kebanyakan masanya. Aktiviti pengajaran saya fokus kepada membaca dan menulis, saya sering panggil murid duduk di tempat masing-masing membaca atau menulis. Sepatutnya, saya boleh menjalankan aktiviti yang bergerak badan semasa murid membaca atau menulis ataupun bimbing murid membaca dan menulis melalui aktiviti permainan. Aktiviti pengajaran yang bergerak dapat menyeronokkan murid-murid dan mereka tidak akan mengantuk semasa waktu pengajaran dan pembelajaran. Banyak faedahnya mengajar dengan menggunakan teknik-teknik permainan atau aktiviti yang membolehkan murid bergerak ke sana sini, saya akan cuba untuk mengamalkannya dalam setiap pengajaran saya.

Soalan yang ditanyakan oleh saya kurang cabaran kerana saya sentiasa menggunakan soalan Apakah ...... ?. Soalan yang bercabaran seperti Mengapakah ...... ? boleh ditanyakan supaya menginspirasikan kemahiran berfikir murid. Saya terlalu menjaga perasaan murid-murid, bimbang meraka akan berasa kecewa dan sedih semasa tidak tahu menjawab soalan guru.Saya harus menanyakan soalan yang lebih bercabaran dan menggalakkan mereka cuba untuk menjawab walaupun jawapan mereka mungkin salah. Ini adalah salah satu cara memupuk mereka berkemahiran KBKK serta kreatif dan inovatif.

Dalam topik pengajaran ini, saya fokus kepada kemahiran membaca. Selepas menonton balik rakaman video pengajaran saya, saya dapati aktiviti membaca bagi murid tidak cukup. Dalam video langkah yang pertama, murid hanya ikut cikgu baca petikan dan bergilir-gilir membaca ayat-ayat dalam petikan secara bersambung-sambungan. Saya perlu memperbanykan latihan membaca bagi murid-murid dalam langkah tersebut. Selepas saya membimbing murid membaca, saya boleh minta murid baca petikan secara sekelas.
Seterusnya, saya boleh minta satu demi satu murid membaca seluruh petikan tersebut.  
Ini bukan sahaja dapat memanjangkan masa rakaman video dan waktu pengajaran saya, kemahiran membaca juga dapat ditekankan dan melatih murid membaca dengan lancar serta intonasi yang betul, guru pun boleh memerhati tentang penguasaan kemahiran membaca murid.


          Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan kurang, ini telah menjadikan masa untuk perjalanan aktiviti terlalu singkat, maka masa rakaman video juga singkat. Oleh sebab hanya ada 5 orang murid dalam Tahun 1, ini telah menyebabkan semua aktiviti yang dirancang oleh saya dapat dijalankan dan dihabiskan dengan cepat. Saya harus menyediakan lebih banyak aktiviti yang berlainan dan menyeronokkan murid untuk dijalankan. Contohnya, aktiviti latihan membaca yang banyak dengan melibatkan pertandingan atau permainan. Ini bukan sahaja dapat mengukuhkan kemahiran membaca murid, maka mereka juga akan berasa seronok dan membantu mereka ingat topik pengajaran dengan kekal. Selain itu, aktiviti pengajaran dan rakaman video saya pun boleh bertambah lebih banyak masa.

Semasa langkah ketiga Mencatatkan maklumat yang berkaitan dengan bendera Malaysia berdasarkan petikan dengan betul”, gaya duduk dan gaya menulis seorang murid perempuan Shaswatha telah salah. Semasa saya meronda dan memeriksa latihan murid tersebut, saya telah mengabaikan cara duduk dan menulis murid itu. Saya perlu memperbetulkan gaya duduk dan tulisnya supaya dia mengamalkan cara yang betul sejak kecil. Saya akan memerhatikan murid tersebut dan memperbetulkannya pada waktu pengajaran saya pada hari esok.

Kelemahan yang terakhir sekali yang saya dapti dari rakaman video pengajaran saya ialah kurang memberi pujian secara lisan kepada anak murid saya. Saya asyik kata betul, betul, OK, OKsahaja. Selepas pada hari ini, saya akan sentiasa memperingatkan diri sendiri supaya lebih memberi pujian secara lisan dengan berkatabaik, syabas, pandainya......kepada semua murid saya. Walaupun pujian secara lisan itu hanya pepatah perkataan atau ayat, tetapi amat membantu murid. Ini adalah salah satu jenis iktirafan bagi murid-murid supaya mereka terus berusaha dan berseronok untuk belajar dan bertambah maju lagi.

b)  Kekuatan


Walaupun pujian secara lisan saya kurang berikan kepada murid saya, tetapi saya selalu memberi bintang kedapa murid saya. Dengan melukiskan bintang di papan hijau untuk merekodkan kecemerlangan prestasi murid dan bintang-bintang tersebut akan dijumlahkan pada sesuatu tempoh untuk menukar hadiah. Ini adalah jenis galakan yang saya beri kepada murid-murid saya supaya mereka berani untuk menjawab serta berusaha menunjukkan prestasi yang cemerlang pada waktu pengajaran saya.





Boleh dibuktikan bahawa saya selalu meronda-ronda semasa waktu pengajaran saya. Saya telah memastikan setiap murid telah dijaga dan tidak diabaikan oleh saya. Saya sedia membantu murid yang lemah dengan memberi layanan yang ramah mesra dan bersenyuman walaupun senyuman saya tidak manis. Semasa murid tidak tahu menjawab soalan saya atau soalan dalam latihan, saya akan cuba menolong mereka dengan memberi contoh. Selain itu, saya sentiasa menjaga keselamatan murid saya. Semasa mereka keluar dari tempat duduk masing-masing untuk menulis di papan tulis, mereka yang bersaiz kecil dan rendah perlu berdiri di atas bangku. Saya akan memastikan mereka berdiri di atas bangku dengan selamat untuk mengelakkan mereka jatuh dari bangku.

Pada langkah yang terakhir, saya menerapkan nilai topik pengajaran saya dengan memberitahu murid bahawa kita yang sebagai rakyat Malaysia mesti hormat kepada negara dan cinta kepada negara, misalnya berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku di perhimpunan sekolah. Penerapan nilai adalah amat penting dalam akhir pengajaran guru. Dengan menggunakan contoh-contoh dari aktiviti pengajaran guru, guru dapat menyemaikan tingkah laku yang baik kepada anak murid kita.


c)  Kemahiran-kemahiran mikro pengajaran


1
Kemahiran set induksi
Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,

murid-murid berasa istimewa dan menarik kerana dapat menyanyi lagu Negaraku pada waktu bukan Muzik.
2
Kemahiran penggunaan papan

tulis
Papan tulis digunakan semasa perbincangan

latihan supaya murid dapat menyemak jawapan sendiri dengan jelas. Tetapi bendera Jalur Gemilang yang terlalu besar digantungkan di tengah papan tulis menyebabkan perkataan






yang ditulis oleh murid tidak dapat ditulis di

tengah papan tulis.
3
Kemahiran variasi rangsangan
Lagu Negaraku disiarkan semasa murid-murid

menyanyikan lagu tersebut dan semasa guru menggantungkan bendera Jalur Gemilang yang besar di tengan papan tulis telah merangsangkan variasi murid.
4
Kemahiran penyoalan
Ada penyoalan tetapi kurang memuaskan

kerana soalan yang ditanya kurang cabaran dan tiada kemahiran berfikir.
5
Kemahiran pengukuhan
Latihan membaca ayat-ayat dalam lembaran

kerja latihan dan petikan telah dijalankan. Ini telah fokus kepada kemahiran pengajaran topik.
6
Kemahiran penerangan
Tidak memuaskan kerana saya terlalu gelisah

dan berasa tegang. Ini menyebabkan saya menggunakan persoalan untuk membuat penerangan.
7
Kemahiran menggunakan contoh

/ ilustrasi
Saya telah menggunakan bendera Malaysia

Jalur Gemilang sebagai contoh semasa membuat penerangan dan membantu murid menjawab soalan dalam latihan lembaran kerja.
8
Kemahiran menggunakan bahan

bantu mengajar
Saya telah menggunakan radio untuk

menyiarkan lagu Negaraku pada langkah set induksi. Bendera Jalur Gemilang yang besar juga saya gunakan untuk membantu saya mengajar dengan tujuan meningkatkan daya ingatan murid terhadap topik pengajaran saya.
9
Kemahiran penutup
Latihan pengukuhan yang fokus kepada topik

pengajaran kemahiran membaca telah dititikberatkan pada langkah penutup. Selain itu, penerapan nilai murni sayang kepada negara juga disemaikan kepada murid-murid.

0 comments:

Post a Comment