twitter
rss

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran          : Bahasa Malaysia
Kelas                           : 3 Merah
Bilangan Pelajar         : 4 orang
Tarikh                         : 18 Oktober 2011 ( Jumaat )
Masa                           : 10:20 – 10.50 pagi ( 30 minit )
Tajuk                          : Unit 1   Kekeluargaan
Objektif                       : Pada akhir pembelajaran, murid dapat;
                                    i)   membina ayat majmuk daripada dua ayat tunggal menggunakan kata hubung.
    [ 8.1 Aras 2 ( i )]
                                    ii)  membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang         
     betul. [5.1 Aras 1 ( i )]
Fokus Utama              :
8.1  Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 2 ( i ) Membina ayat majmuk daripada dua ayat tunggal menggunakan kata hubung
Fokus Sampingan       :
5.1  Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 ( i ) Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk
Kemahiran Bahasa     : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
Sistem Bahasa            : Ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonasi.
Nilai                            : bekerjasama, keberanian, rajin.
Ilmu                             : Bahasa Malaysia, Pendidikan Moral.

Kemahiran Bernilai Tambah             ( KBT )
Kemahiran Berfikir    : Menghubungkaitkan, mengimbas kembali, menilai,
Pengetahuan sedia ada : murid-murid sudah diajar tentang ayat tunggal dan ayat majmuk.  
BBB                             : Gambar, ayat,  kad perkataan kata hubung, kad-kad perkataan, kad manila
                                       ,latihan tubi dan  alat bertulis.

 

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Nota


Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
( 3 minit )
Gambar :

Ayat:
Radha ____  anaknya sedang memasak.
Soalan:
1.       Berapakah orang di dalam gambar?
2.       Mereka sedang buat apa?
3.       Ada sesiapakah boleh melengkapkan ayat ini?
1.       Guru menunjukkan sekeping gambar.
2.       Guru menyoal.
3.       Guru menunjukkan ayat dan menyuruh murid melengkapkan ayat.
4.       Guru memperkenalkan objektif pembelajaran.
1.       Murid memperhatikan gambar.
2.       Murid menjawab soalan guru yang dikemukakan.
3.       Murid melengkapkan ayat dengan menggunakan kata hubung.

Kemahiran berfikir : mengimbas- kembali

Nilai : rajin

BBB:
gambar dan ayat. powerpoint
Langkah 1
( 12 minit )
Kata Hubung – digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata atau frasa dengan frasa.
dan – untuk menggabungkan dua ayat yang setara.
atau – untuk menunjukkan pilihan.
tetapi – untuk menunjukkan sesuatu yang berlawanan.
kerana – untuk menunjukkan sebab.
sambil – menunjukkan dua aktiviti yang dilakukan pada masa yang sama.
kecuali – menunjukkan kekecualian.
lalu – menggabungkan dua perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut.
Ayat tunggal :
Mansur membuat kerja sekolah.
Mansur bermain bola.
Ayat majmuk :
Mansur membuat kerja sekolah lalu bermain bola.
1.       Guru menerangkan maksud kata hubung.
2.       Guru memperkenalkan kata hubung.
3.       Guru memberi contoh ayat yang berkenaan dengan kata hubung tertentu.
4.       Guru membetulkan ayat yang dibina oleh murid.
5.       Guru menunjukkan ayat-ayat tunggal melalui power point.
6.       Guru menyuruh murid mencantumkan kedua-dua ayat tunggal  menjadikan ayat majmuk.

1.       Murid mendengar penjelasan guru.
2.       Murid membina ayat dengan menggunakan kata hubung.
3.       Murid menyusun semula perkataan menjadi ayat tunggal yang lengkap.
4.       Murid membaca ayat tunggal.
5.       Murid mencantumkan kedua-dua ayat tunggal menjadi ayat majmuk.
6.       Murid membaca ayat majmuk.

Kemahiran berfikir : menghubung-kaitan

Nilai :
keberanian
BBB:
Powerpoint
Langkah 2
( 10 minit )
Arahan :
Murid menyusun perkataan dan melekat pada kad manila lalu murid mencantumkan kedua-dua ayat tunggal menjadi ayat majmuk.
Kumpulan 1:
1.Raini mendengar muzik sambil membersihkan longkang
2.Boon Sheng menggantung belon dan bunga di ruang tamu.
Kumpulan 2:
1.Swee Choon mandi sambil menyanyi.
2.Kamu suka bermain catur atau layang-layang?

1.       Guru memberi setiap murid sekeping sampul surat.
2.       Guru membahagikan murid-murid menjadi dua kumpulan.
3.       Guru menjelaskan perbincangan yang perlu mereka lakukan.
4.       Guru membimbing murid.
5.       Guru membetulkan jawapan murid.
1.       Murid mengeluarkan kertas warna yang terdapat di dalam sampul surat.
2.       Murid duduk dalam kumpulan.
3.       Murid mendengar arahan guru.
4.       Murid berbincang.
5.       Murid keluar membaca jawapan mereka.
Kemahiran berfikir : menilai

Nilai :
bekerjasama
BBB:
 kad-kad perkataan dan  kad manila.
Penutup
( 5 minit )
Latihan merujuki lampiran.
1.       Guru membuat kesimpulan.
2.       Guru memberi murid membuat latihan.
1.       Murid menjawab soalan guru.
2.       Murid membuat latihan.
BBB:
latihan tubi dan alat tulis.

0 comments:

Post a Comment