twitter
rss

KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan makro pengajaran ialah arahan. Murid-murid langsung tidak peduli dengan arahan saya. Sebelum arahan saya mereka sudah melakukan aktiviti. Contohnya, sebelum saya menyuruh membuka sampul surat mereka sudah membukanya dulu. Saya pula tidak menegaskan tindakan mereka. Seterusnya saya  memberi sampul surat seterusnya yang mengandungi perkataan. Di situ pula saya tidak menyedari akan tindakan murid yang sudah membuka sampul surat dan ada dikalangan mereka yang sudah mula menyusun perkataan tetapi  saya pula tengah mengarahkan mereka bergerak mencari ahli kumpulan mengikut kertas warna yang mereka dapat. Saya  sudah cemas melihat sikap proaktif murid.  Kesimpulanya, saya tidak dapat kawal kelas saya serta arahan saya tidak tepat dengan aktiviti saya. Selain itu saya juga tidak mengajar mengikut rangka yang saya sediahkan. Contohnya, mengikut RPH  saya perlu membuat kumpulan terdahulu selepas itu baru saya bergerak ke aktiviti seterusnya tetapi hakikatnya sebelum saya memisahkan murid dalam kumpulan saya sudah memberi sampul surat seterusnya. Murid pula sudah membukanya sebelum mereka berada dalam kumpulan masing-masing. Saya sungguh menyesal dengan kesilapan yang saya lakukan ini.
                  Selai itu saya menjanjikan  kepada murid semasa aktiviti kumpulan agar memberi hadiah kepada yang berjaya selepas menyiapkannya tetapi saya tidak kotakan janji saya. Ini mungkin melahirkan sikap kecewa terhadap saya.
Selain itu juga, saya tidak menyediahkan sampul surat berlebihan yang mengandungi perkataan untuk aktiviti menyusun perkataan. Kumpulan yang menyusun banyak ayat dalam masa yang ditetapkan adalah kumpulan pemenang mengikut rancangan pengajaran saya tetapi saya menyediahkan empat sampul surat sahaja. Saya tidak menyangka bahawa kedua-dua kumpulan akan seri. Sepatutnya saya perlu menyediahkan sampul surat berlebihan untuk menentukan pemenang.
Selain itu semasa akhir pembentangan kumpulan, saya memeriksa hasil kerja murid dan menandakan betul terlebih dahulu selepas itu baru saya tanya kepada kelas sama ada  hasil kerja kumpulan tersebut  betul atau salah. Murid menjawab betul padahal saya sudah memeriksanya terdahulu di hadapan  mereka. Ini menyebabkan murid tidak dapat menilai hasil kerja rakan sekelas mereka.

LANGKAH MENGATASI
Setelah mendapati kelemahan dan kekurangan, saya telah memikirkan beberapa cara untuk menambah baik bagi meningkatkan kualiti pengajaran saya.           Saya perlu memberi arahan dan langkah-langkah tugasan dengan jelas selepas itu baru saya akan membahagikan kumpulan. Saya perlu memastikan arahan saya sedang didengar oleh semua murid setiap kali saya memberi arahan. Saya akan menumpuhkan perhatian sepenuhnya terhadap tindakan murid supaya saya tidak hilang kawalan kelas. Jika saya mendapati kelakuan mereka tidak menepati dengan arahan saya, saya akan cepat membetulkan keadaan kembali pada jalan yang betul.
      Saya akan menyediahkan hadiah setiap p&p saya pada masa akan datang paling kurang pun gula-gula. Jika terlantar saya menjanjikan sesuatu hadiah pada aktiviti tertentu saya tidak perlu kecewakan mereka lagi.
      Pada masa akan datang saya menyuruh hasil kerja kumpulan dilekatkan pada papan hitam selepas pembentangan. Saya menyuruh rakan sekelas terlebih dahulu memeriksa hasil kerja mereka selepas itu barulah saya akan memeriksanya.
           
Sila lihat video saya. Jadikannya sebagai teladan.
           
0 comments:

Post a Comment