twitter
rss

REFLEKSI MIKRO PENGAJARAN
Sesi pembelajaran hari ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ingin dicapai. Selain itu, pembelajaran ini mudah dilakukan kerana murid mempunyai pengalaman yang sedia ada. Walaupun pengajaran saya hari ini berjaya, saya juga perlu membuat refleksi. Semasa saya membuat refleksi, saya mendapati saya telah membuat banyak kesalahan semasa saya mengajar dan juga mendapati kelebihannya.
KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan mikro pengajaran ialah set induksi saya sangat jelas dan murid dapat memahami objektif pengajaran saya. Dengan menggunakan gambar dan ayat melalui powerpoint untuk memperkenalkan objektif pengajaran saya. Apabila saya siarkan gambar tersebut melaui LCD murid-murid sudah berasa gembira. Saya menyoal soalan sambil menunjuk kelakuan yang dibuat oleh gambar tersebut. Murid-murid juga memberi perhatian sepenuhnya kepada gambar. Oleh kerana gambar tersebut berwarna dan jelas dinampak semua murid dapat beria-ria untuk menjawab soalan saya walaupun mereka kurang mahir bertutur dalam Bahasa Malaysia.
Selain itu, saya juga memberikan arahan dengan perkataan yang lebih senang dan mudah difahami oleh murid. Murid dapat memahaminya dan melaksanakan arahan yang diberi oleh saya dengan baik dan sempurna. Contohnya, saya meminta murid bekerjasama dalam kumpulan untuk menyusun perkatan menjadikan ayat yang betul serta melekatkannya pada kad manila. Oleh kerana arahan saya cukup jelas dan mudah difahami, murid dapat melaksanakan tugas mereka dengan jayanya. Saya juga berasa sangat gembira murid dapat faham apa yang saya sampaikan. Suara saya yang lantang itu dapat didengar semua murid di dalam kelas tersebut. Ini membantu murid dalam kelas saya menumpukan perhatian sepenuhnya sepanjang p&p saya.
Bahan bantu mengajar yang saya gunakan dalam pengajaran ini amat sesuai dan membantu menjayakan objektif pelajaran ini. Contohnya, jika saya gunakan papan hitam atau kad manila untuk menjelaskan kata hubung kepada murid mungkin ia tidak 100% membuat murid saya menumpukan perhatian mereka semasa penjelasan mereka. Oleh kerana, saya menggunakan powerpoint dengan perkataan yang dianimasi ia dapat menarik perhatian murid-murid saya. Selain itu aktiviti kumpulan yang saya selitkan dalam pengajaran saya amat membuatkan murid saya berasa seronok. Taktik yang saya gunakan untuk memisahkan mereka dalam kumpulan amat membantu saya bagi mewujudkan perasaan debar dan persoalan siapakah yang akan menjadi ahli kumpulan mereka dalam hati murid. Ini menolong saya kembalikan kecergasan dalam diri murid selepas 17 minit pengajaran dijalankan. Saya melihat selepas aktiviti memisahkan kumpulan dilakukan murid kembali segar.
Kekuatan saya seterusnya ialah pengendalian masa. Masa yang tetapkan saya untuk setiap langkah dapat saya jalankan dengan jayanya.


KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan mikro pengajaran ialah saya lupa menyelitkan nilai murni hari ini. Semasa aktiviti kumpulan dilakukan saya lupa menekankan tentang nilai bekerjasama kepada murid. Saya harap saya tidak akan melakukan kesilapan yang sama pada masa akan datang. Saya juga lupa membimbing murid mempelajari nilai murni yang terdapat pada gambar itu. Kesalahan ini saya telah membuat saya menyesal setiap kali saya menonton balik video yang saya rakam itu. Kesalahan ini jarang saya lakukan pada pengajaran saya. Saya sangat tidak memuaskan rakaman dan pengajaran ini.
Selain itu, walaupun saya boleh kagum dengan bahan bantu pengajaran yang digunakan oleh saya hari ini tetapi kalau memikir secara mendalam ia bukanlah sesuatu yang terbaik yang saya lakukan untuk murid saya. Saya perlu sediakan penjelasan kata hubung dalam kad manila utuk melekatkan pada sudut BM kerana mungkin selepas p&p hari ini murid akan mengingatinya untuk sehari dua hari tetapi selepas itu mereka akan melupakanya. Jika saya menyediahkanya dalam kad manila selepas penggunaanya saya boleh melekatnya untuk murid membaca setiap hari. Ini akan membantu murid selalu mengigatinya. Powerpoint yang saya sediakan bukanya akan menghasilkan impak yang begitu besar selepas p&p saya.


Kelemahan seterusya ialah kesilapan yang besar saya lakukan dalam p&p saya. Iaitu, saya langsung tidak menggerakkan murid saya hari ini. Murid kaku duduk di bangku masing-masing sepanjang p&p saya kecuali 2-3 minit semasa aktiviti kumpulan. Kesilapan saya itu mungkin membuatkan murid berasa menggantuk. Selain itu, p&p saya banyak tertumpu pada pergerakkan guru sahaja. Saya boleh menyuruh murid sendiri senaraikan kata hubung yang dipelajari hari ini pada papan hitam semasa penutup p&p atau menggantikan aktiviti mencatumkan dua ayat tunggal menjadi ayat majmuk secara lisan dengan menulisnya ayat majmuk pada papan hitam.
Kesilapan saya seterusnya ialah pada masa latihan bertulis, saya selalu menanyakan murid sudahkah mereka sudah menyiapkannya. Ini akan mencemaskan murid-murid serta cemasan mereka mendorong mereka menjawab dengan salah. Saya juga melihat pada akhir latihan, tulisan sebahagian daripada mereka cukup celaru. Ini merupakan impak daripada saya yang asyik mengegaskan mereka cepat menyiapkan latihan.Selain itu, saya menjanjikan kepada murid semasa aktiviti kumpulan agar memberi hadiah kepada yang berjaya selepas menyiapkannya tetapi saya tidak kotakan janji saya. Ini mungkin melahirkan sikap kecewa terhadap saya.
 






LANGKAH MENGATASI

Setelah mendapati kelamahan dan kekurangan saya dalam pengajaran, saya perlu penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran saya pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan ini, penambahbaikkan yang perlu saya lakukan ialah saya perlu sentiasa member perhatian terhadap bahan bantu mengajar. BBM yang saya gunakan bukan sahaja perlu memberi impak semasa penggajaran malah selapas penggajaran juga.
Saya juga perlu selalu menggingati untuk menyelitkan nilai murni pada setiap p&p saya kerana nilai murni adalah satu skop yang amat penting dalam UPSR. Kesilapan saya menyelitkannya akan mendorong murid-murid kurang arif dalam penjelasan nilai murni pada masa akan datang. Bagi tidak menggulanginya kesilapan ini saya membuat keputusan iaitu setiap p&p saya pada masa akan datang saya akan menuliskan nilai murni yang akan saya ajarkan pada p&p hari itu di papan hitam selepas set induksi. Selepas tiba masa penjelasan nilai murni saya akan menjelaskannya kepada murid.
Seterusnya, semasa saya menulis rancangan pengajaran saya perlu menitik beratkan tentang gerakkan murid. Saya tidak boleh biarkan murid-murid duduk kaku di kerusi. Pada masa akan datang saya akan sekurang-kurangnya merangka satu atau dua aktiviti mengerakkan murid. P&P saya akan datang akan berpusatkan murid sepenuhnya.
Saya akan mengantungkan satu jam dinding di kelas saya untuk murid sendiri melihat waktu, dengan ini mereka sendiri boleh menilai masa yang mereka sedang mengambil untuk aktiviti latihan bertulis. Saya juga membuat keputusan akan menanyakan agar mereka sudah menyiapkan latihan sebelum dua minit berakhir masa latihan atau memberikan masa tambahan jika mereka siapkan pada masa yang ditetapkan. Ini lebih bagus daripada saya mencemaskan mereka. Mungkin lama kelamaan mereka dapat melatih diri mereka siapkan latihan pada masa akan datang.
Selain daripada itu, saya akan menyediahkan hadiah setiap p&p saya pada masa akan datang paling kurang pun gula-gula. Jika terlantar saya menjanjikan sesuatu hadiah pada aktiviti tertentu saya tidak perlu kecewakan mereka lagi.

0 comments:

Post a Comment