RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : 3 Vetri
Bilangan Pelajar : 20 orang
Tarikh : 18 Oktober 2011 ( Selasa )
Masa : 10:20 – 10.50 pagi ( 30 minit )
Tajuk : Unit 3 Kecemerlangan
Fokus Utama :
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta
memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 ( i ) Membaca lancar bahan bukan sastera dengan sebutan yang betul.
Fokus Sampingan :
7.2 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.
Aras 1 ( i ) Memberi makna perkataan dan maksud frasa dalam ayat .
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat;
1. bersoal jawab dengan memberi penerangan sebagai maklum balas.
2. membaca dan mengeja teks “ Anak rusa yang cerdik” dengan intonasi
yang betul dan lancar.
3. menggunakan kamus untuk mencari makna perkataan denga betul
P.Ilmu : Pendidikan Moral
P.N.Murni : tolong-menolong, berbudi, bekerjasama
Kemahiran Bernilai Tambah ( KBT )
Kemahiran Berfikir : Menghubungkaitkan,verbal linguistik, menilai,
Pengetahuan sedia ada : murid-murid pernah ke zoo, melihat dan mendengar bunyi harimau
Abm : komputer riba, kertas lukisan, kamus, teks bacaan, topeng muka, kertas
mahjong
Fasa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | | Nota |
| | Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |
Set Induksi ( 3 minit ) | Gambar : harimau rusa · Contoh soalan- Hariamau suka makan apa? · Harimau ada ekor? · Rusa berwarna apa? · Dimanakah tempat · tinggal rusa? | 1. Guru memperdengarkan bunyi binatang. (Harimau/Rusa) 2. Guru minta murid menyatakan bunyi yang diperdengarkan 3. Guru bertanya beberapa soalan berdasarkan gambar yang ditampal dipapan tulis. 4. Guru memperkenalkan objektif pembelajaran kepada murid. | 1. Murid mendengar dengan teliti. 2. Murid meneka nama binatang dengan betul. 3. Murid menjawab soalan guru dengan betul dan jelas. | Kemahiran berfikir : mengimbas- kembali Nilai : berusaha BBM: -gambar. -komputer riba -pembesar suara |
Langkah 1 ( 10 minit ) | Harimau dan rusa Ada seekor anak rusa yang sangat kurus tetapi cerdik. Pada suatu hari, Si Anak Rusa mencari makanan di suatu kawasan lapang. Tiba-tiba, dia ternampak seekor harimau hendak menangkap seekor rusa yang sedang bunting. Si anak Rusa mencari akal. Sebaik sahaja harimau itu hendak menerkam ibu rusa, Si Anak Rusa terlebih dahulu menjerit. “Tunggu dulu, Sang Harimau”. Sang Harimau terperanjat lalu menoleh kearah anak rusa …………….. | 1. Guru memberi teks Harimau dan Rusa kepada murid. 2. Guru minta murid membaca teks dengan teliti. 3. Guru memanggil beberapa orang murid untuk membacakan teks. 4. Guru membacakan teks dengan intonasi yang betul dan diikuti oleh murid. | 1. Murid membaca teks dengan intonasi yang betul. 2. Murid membaca teks dengan mengikuti pembacaan guru. | Kemahiran berfikir : menghubung-kaitan Nilai : keberanian BBM: Teks |
Langkah 2 ( 7 minit ) | Arahan : Mencari makna perkataan yang terdapat dalam teks dengan menggunakan kamus. kurus - gempal cerdik- cerdas, pandai rahsia- sulit bahaya- tidak selamat penyakit- sakit/demam helah- muslihat | 1. Guru menyuruh murid menyatakan perkataan yang digaris dalam teks. 2. Guru menyuruh murid mencari makna perkataan dengan menggunakan kamus 3. Guru memuji murid yang memberikan makna yang betul. 4. Guru menerangkan perkataan yang bergaris kepada murid. | 1. Murid mencari makna bagi 6 perkataan yang digaris dalam teks. 2. Murid menyatakan makna bagi 6 perkataan yang dicari di hadapan kelas. | Kemahiran berfikir : menilai Nilai : bekerjasama BBM: kamus |
Langkah 3 ( 7 minit ) | Arahan Kerja kumpulan Menyenaraikan haiwan peliharaan dan binatang liar. | 1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. 2. Guru minta murid menyenaraikan haiwan peliharaan dan binatang liar dalam kumpulan. 3. Guru memantau kerja kumpulan murid. 4. Guru minta ketua kumpulan membacakan hasil kerja kumpulan masing-masing. 5. Guru akan membetulkan kesilapan murid di hadapan kelas. | 1. Murid mendengar arahan guru dengan teliti. 2. Murid dalam kumpulan menyenaraikan haiwan peliharaan dan binatang liar dengan betul. 3. Ketua kumpulaan akan membacakan hasil kerja kumpulan masing- masing. 4. Murid akan membacakan hasil kerja kumpulan. | Kemahiran berfikir : menilai BBM: Kad manila pen marker |
Penutup (3 minit) | Arahan baca dan lakonkan seperti harimau dan rusa. -Sang Harimau Ha!ha!ha! aku hendak makan kamu! -Si Anak Rusa Tolong!tolong! Jangan makan saya! -Sang Harimau Kamu tidak dapat melepaskan diri daripada saya! |
|
| Kemahiran berfikir : menilai BBM: Kad manila pen marker |
Lampiran
Nama……………. Tarikh…………
A. Harimau dan rusa
Ada seekor anak rusa yang sangat kurus tetapi cerdik. Pada suatu hari, Si Anak Rusa mencari makanan di suatu kawasan lapang. Tiba-tiba, dia ternampak seekor harimau hendak menangkap seekor rusa yang sedang bunting. Si anak Rusa mencari akal.
Sebaik sahaja harimau itu hendak menerkam ibu rusa, Si Anak Rusa terlebih dahulu menjerit. “Tunggu dulu, Sang Harimau”. Sang Harimau terperanjat lalu menoleh kearah anak rusa itu.
“Oh, kamu datang untuk menyerah diri, ya!” kata harimau.
“Tidak. Aku datang nak beritahu satu rahsia kepada kamu,” jawab Si Anak Rusa.
“Hah, rahsia apa? Cepatlah beritahu,” gesa Sang Harimau.
“Sebenarnya rusa itu sedang bunting dan menghidap sejenis penyakit yang berbahaya. Kamu lihatlah badan ibu rusa itu. Jika engkau makan juga rusa itu, badan engkau pun akan menjadi seperti badannya,” kata Si Anak Rusa.
“Mengapakah engkau berkata begitu?” Tanya Sang Harimau. “Liahtlah perut rusa itu,” jawab Si Anak Rusa. Apabila mendengar kata-kata Si Anak Rusa itu, Harimau menganggap ibu rusa menghidap sejenis penyakit. Sang Harimau percaya akan kata-kata Si Anak Rusa.
Akhirnya, harimau tidak jadi makan ibu rusa itu. Ibu rusa amat terhutang budi kepada si anak rusa kerana telah menyelamatkannya. Begitulah cerita tentang helah yang bijak dapat menyelamatkan satu nyawa. Oleh itu, kita mestilah selalu panjang akal.
Nama……………. Tarikh…………
B. Mencari makna perkataan
1. kurus
2. cerdik
3. rahsia
4. bahaya
5. penyakit
6. helah
Nama……………. Tarikh…………
C. Menyenaraikan haiwan peliharaan dan binatang liar.
Haiwan peliharaan Binatang liar
1…………………. 1………………....
2…………………. 2…………………
3…………………. 3…………………
4…………………. 4…………………
5…………………. 5…………………
Nama……………. Tarikh…………
D. Baca dan lakonkan
Sang Harimau
Ha!ha!ha! aku hendak
makan kamu!
Si Anak Rusa
Tolong!tolong! Jangan
makan saya!
Sang Harimau
Kamu tidak dapat
melepaskan diri daripada
saya!