November
29
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN : BM KSSR Thn 1
Mata Pelajaran | Bahasa Malaysia |
Tarikh | 12 Oktober 2011 - Rabu |
Masa | 9.45 - 10.15 pagi (30 minit) |
Kelas | Tahun 1 |
Jumlah Pelajar | 5 orang |
Tema | Negara Kita |
Tajuk | Perhimpunan Sekolah |
Kemahiran | Fokus Utama : Membaca Standard Kandungan : 2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul. Standard Pembelajaran : 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada pelbagai bahan. Fokus Sampingan : Menulis Standard Kandungan : 3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber. |

Standard Pembelajaran : 3.5.1 Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai sumber. | |
Nilai Murni | Cinta kepada Negara |
Pengetahuan sedia ada | Murid pernah melihat bendera Malaysia. |
Hasil Pembelajaran | Kognitif : 1. Membaca dan menyatakan maklumat yang berkaitan dengan bendera Malaysia berdasarkan petikan dengan tepat. 2. Mencatatkan maklumat yang berkaitan dengan bendera Malaysia berdasarkan petikan dengan betul. Afektif : Menyedari semangat cinta kepada Negara perlu diadakan. Aktif / Tingkahlaku: 1. Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku. 2. Mengamalkan semangat cinta kepada Negara. |
KBT - Kemahiran Bernilai Tambah | KB - Kemahiran Berfikir : menghubungkaitkan BCB - Kemahiran Belajar Cara Belajar : kemahiran mencatat maklumat, bacaan teks KP - Kemahiran Kecerdasan Pelbagai : verbal-linguistik |
ABM – Alat Bantu Mengajar | Buku teks, CD lagu Negaraku, radio, lembaran kerja, bendera Malaysia, pensel warna |

Langkah / Masa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Set Induksi (3 minit) | Menyanyikan lagu Negaraku. | 1. Mengarahkan murid berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku. 2. Menyiarkan lagu Negaraku. 3. Menyuruh murid duduk selepas menyanyikan lagu Negaraku. 4. Menyoal murid : - Bilakah lagu Negaraku akan dinyanyikan ? - Apakah yang akan dikibarkan semasa waktu perhimpunan dan menyanyikan lagu Negaraku ? - Semasa menyanyikan lagu Negaraku, apakah yang perlu kita buat ? Mengapa ? | 1. Berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku semasa lagu disiarkan. 2. Duduk selepas menyanyikan lagu Negaraku. 3. Menjawab soalan guru : - Pada waktu perhimpunan sekolah, lagu Negaraku akan dinyanyikan. - Bendera Malaysia akan dikibarkan semasa waktu perhimpunan dan menyanyikan lagu Negaraku. - Semasa menyanyikan lagu Negaraku, kita perlu berdiri tegak kerana ini menunjukkan semangat cinta kepada Negara. | ABM : Radio, CD lagu Negaraku KB : menghu- bungkait- kan KP : verbal- linguistik Nilai murni : cinta kepada negara |


Langkah 1 (5 minit) | Membaca dan memahami petikan | 1. Bimbing murid membaca petikan. 2. Membuat penerangan berdasarkan petikan dan Jalur Gemilang sebagai contoh penerangan. 3. Suruh murid membaca petikan secara sekelas dan seterusnya secara bergilir-gilir. | 1. Murid ikut guru baca petikan. i 2. Mendengar penerangan guru dan memahami petikan. 3. Membaca petikan secara sekelas dan seterusnya secara bergilir- gilir. | ABM : buku teks, Jalur Gemilang BCB : bacaan teks KB : menghu- bungkait- kan |
Langkah 2 (5 minit) | Menyatakan maklumat yang berkaitan dengan bendera Malaysia berdasarkan petikan dengan betul. | 1. Menyoal murid : - Apakah nama bendera Malaysia ? - Apakah warna bulan dan bintang ? - Berapakah jalur di bendera Malaysia ? - Apakah warna jalur-jalur tersebut ? - Apakah warna latar pada | 1. Menjawab soalan guru berdasarkan petikan. - Nama bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang. - Bulan dan bintang berwarna kuning. - Terdapat 14 jalur di bendera Malaysia. - Jalur-jalur tersebut | ABM : buku teks, Jalur Gemilang KB : menghu- bungkait- kan KP : verbal- |

bulan dan bintang ? | berwarna merah dan putih. - Warna latar pada bulan dan bintang ialah biru. | linguistik Nilai murni : cinta kepada Negara | ||
Langkah 3 (12 minit) | Mencatatkan maklumat yang berkaitan dengan bendera Malaysia berdasarkan petikan dengan betul. | 1. Mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan mengarahkan murid menulis nama dan tarikh pada lemabaran kerja. Sila rujuk Lampiran A. 2. Membuat penerangan kepada murid tentang cara menyiapkan lembaran kerja. 3. Menyuruh murid membuat lembaran kerja. 4. Meronda dan memeriksa jawapan lembaran kerja murid serta bersedia untuk beri tunjuk ajar kepada murid yang lemah. | 1. Menerima lembaran kerja daripada guru dan menulis nama dan tarikh pada lembaran kerja. 2. Mendengar penerangan guru tentang cara menyiapkan lembaran kerja. 3. Membuat lembaran kerja. 4. Lembaran kerja disemak oleh guru dan diberi tunjuk ajar jika ada kesalahan. 5. Murid menulis jawapan di papan hijau selepas perbincangan. | ABM : lembaran kerja, buku teks KB : menghu- bungkait- kan BCB : mencatat maklumat |

5. Perbincangan lembaran kerja bersama-sama dengan murid. 6. Guru memberikan ”bintang” sebagai galakan kepada murid yang menjawab betul. | ||||
Penutup (5 minit) | Latihan Pengukuhan | 1. Suruh murid membaca ayat-ayat pada lembaran kerja dan petikan dalam buku teks. 2. Memberi tahu murid bahawa setiap rakyat perlu mengamalkan semangat cinta kepada Negara. 3. Suruh murid mewarnakan Jalur Gemilang pada lembaran kerja dengan warna yang betul. | 1. Membaca ayat-ayat pada lembaran kerja dan petikan dalam buku teks dengan betul. 2. Mewarnakan Jalur Gemilang pada lembaran kerja dengan warna yang betul. 3. Mengamalkan semangat cinta kepada Negara. | ABM : buku teks, lembaran kerja, pensel warna KB : menghu- bungkait- kan Nilai murni : cinta kepada Negara |


LEMBARAN KERJA MURID :
LAMPIRAN A
a. Warnakan.

b. Catatkan maklumat berdasarkan petikan.
1. Nama bendera Malaysia ialah .
2. Terdapat jenis warna pada bendera Malaysia.
3. Jalur yang berwarna merah dan putih ada jalur.
4. Bulan dan bintang berwarna .
5. Latar pada bulan dan bintang berwarna .